Kelas Mencipta Akaun Gmail

16 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

15 Disember 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas ICT yang bertajuk Kelas Mencipta Akaun Gmail. Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 4 orang peserta pelajar sekolah rendah.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara bagaimana untuk mendaftar akaun Gmail serta memikirkan idea yang kreatif untuk mereka mencipta akaun Gmail masing-masing.

Setelah akaun Gmail didaftarkan, peserta diperkenalkan aplikasi Google yang lain seperti Google Hangout, Google Speadsheet, Google Drive dan lain-lain lagi.

Kelas diadakan selama 1 jam setengah bermula dari 2.30 petang hingga 4.00 petang. Terima kasih buat peserta yang hadir ke PEDi Linggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali